Mahar qalbu

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
ku nukilkan serangkap puisi yang hadir dari lubuk hatiku..
bisikan syaitan menerjah..
qalbu yang lemah mengikuti..
kerana iman yg goyah ...
bilakah lgi ingin berubah?
hnye bermadah tanpa bermujahadah..
adakah sudah cukup?
untuk mentarbiahkan diri ini..
perlu kesedaran dri hati..
bimbingan fardhu ain..
perlulah teguh dan mantap..

Sebenarnya, tulus dibicarakan...
hati ini seperti sudah jauh dari NYA..
kini ana ingin..
kembali menguatkan rohani..
tidak goyah lagi ...
ingin bangkit semula dan b'sedia..
dgn sgala cbran & ujian..
serta sabar dalam melaksanakannya...

Ya Allah..
kuatkan ku bermujahadah..
menyeru kepada dirimu yang Esa..
iman dihati minta diperkuatkanlah 
agar qalbu mudah menerima tarbiah

Ana b'pegang pada sesebuah ayat yang dipetik dari Al-quran yang mulia..

surah al-ankabut :"Apakah kamu mengira kamu akan dibiarkan dengan berkata 'kami telah beriman' sedangkan kamu belum diuji?"

jadi Kali ni.. ana nak kongsi cerita sebenarnya..
hari tu.. ana balik kampung ibu ana dekat Kuala Kubu. Suasana disana amat tenang, indah dan harmoni. dibandingkan dengan bandar yang sesak, sibuk dan bermacam lagi gangguan. ana terfikir sejenak...bagaimanalah hendak dapat ketenangan rohani? fizikal dan mental sudah merasai..bagaimana pula iman apabila sudah dimantapkan rohaninya?apalagi ana cepat belek buku-buku cerita islamik yang ana gemari. Alhamdulillah, ana dapat jawapannya..ia memerlukan Tarbiah..

Jadi kesimpulannya, iman harus dicari dan perlu banyak latihan dan ujian yang perlu ditempuhi.. 
banyak ana belajar daripada bacaan ini..



Comments

Popular Posts