braces journey 2 + life stuff

Assalamualaikum, 
holaaa peeps! 

okay sambung entry lepas. hahaha mendaaa nisa!! 
harini ni 16/5/2018, sebelum tu bg aku ucap Selamat hari guru kepada semua cikgu dan pensyarah yang kukasihi kerana Allah. Moga segala keringat dan titisan air liur mu itu menjadi saksi kau telah mendidik aku di akhirat kelak. semoga berpanjangan pahalamu. Okay done! 

Okay actually, aku baru lepas habis appoinment aku yang ke-3, alhamdulillah perasaan aku. gembira and tahniah la kepada diri sendiri kan. (peh bangga naww) sakit2 pun tahan je weh. setiap kali lepas tukar rubber tu memang sakit sikit for a few days lepas tu baru okay. setakat ni colour yang aku da cuba

20/2: hijau
12/4: pink
16/5: latest merah, aku nak silver sebenarnya tadi. tapi takpelah hahahaah

setakat ni, gigi bawah geraham kekal aku baru munculkan diri sikit and gigi atas belum pusing sepenuhnya. so, aku tak pakai lagi powerchain and rubber elastic yang untuk betulkan bites tu. okayyy sekian sahaja dari saya. ehh jappp!

selamat menyambut Ramadhan Al mubarak! Esok puasa, malam ni tarawikh! tak sabarnya. tapi tu lah kurang seronok sikit sebab family aku tak full house utk puasa sama2. maybe another year or another lagi ke. sebak sikit la, sebab biasa kalau g surau or masjid ramai2, ini sekerat je. Moga peroleh yang Terbaik dariNya. aamiin. 

haaa lagi satu, aku baru lepas mendaftar masuk sem baru 2 hari lepas. dah 3rd year dah aku woiii! next sem masuk final year! nak cari tajuk fyp lagi, maigoddd! hahaha wish me the best and fihifzillah kepada sesiapa yang sudi baca entry ni, walaupun aku rasa takde orang yang ingat or sudi nak baca hahaah. aku cerita kat blog ni pun tujuannya untuk aku ingat segala peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup aku. dah dah, banyak membebel pulak. 

okay kali ni last! aku da lama tak berpuitis sejak aku depressed haritu. nak try aaa satu ceh! buat diriku dan dirimu jua! 


kau kata kau janji,
namun aku kau jauhi,
puas dirimu ku jejaki,
senang saja kau berlari pergi,
harus kau ingati, 
roda dunia pasti kan berputar kembali,
saat kau senang aku yang kau cari
saat ku susah kau ambil tak peduli,
walau aku berbicara begini,
perlu kau tahu aku tak berhak menghakimi,
dan kau tetap bukan orang yg ku mahu musuhi
kerna segenap ciptaan memori,
takkan pernah pudar selagi jasad ku teguh berdiri.

Kau tetap aku sayangi,
aku persetankan segala kebodohan ini, 
agar dapat ku mengintai sipi,
ruang yang boleh ku masuki, 
untuk ku tawan dunia dan hati,
walau hanya bersandar sepi. 


kay chow! 




Comments

Popular Posts